suria

Bimbang tahap kesuburan merosot, Luna Maya sudah bekukan telur tahun lalu

Tidak terfikir untuk menikah tetapi mahu menjadi ibu

USIA semakin menghampiri 40 tahun pelakon popular Indonesia, Luna Maya menganggap perkara itu bukan alasan untuk dia segara bernikah.

Bagaimanapun Luna, 38, berkata, perasaan menjadi seorang ibu semestinya wujud dan dia sendiri telah melakukan proses pembekuan sel telur.

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa kali putus cinta, Luna Maya akui kembali berhubung dengan Ariel

"Tidak pernah terfikir umur sebagai alasan untuk bernikah.

"Namun semakin dikejar usia, sebagai wanita ada perasaan mahu menjadi ibu. Saya telah lakukan proses membekukan telur.

"Sejak empat tahun lalu saya ingin melakukannya. Baru tahun lepas tercapai kerana proses tersebut juga ada di Indonesia," jelas Luna dalam satu temubual.

luna maya 12

Luna selesa dengan keadaan dirinya kini

Mempunyai banyak pengalaman dalam bercinta sejak usia muda, bekas kekasih Ariel Noah ini akui sedikit memilih dalam mencari pasangan hidup.

Dia juga mengakui selesa dengan keadaan dirinya sekarang.

"Dengan teknologi dan gaya hidup sekarang ini saya rasa cukup sihat dan bertenaga dan tidak rasa terbeban kerana usia.

"Percintaan saya dahulu ketika belasan tahun, kemudian 20-an dan awal 30-an berbeza. Sama juga pada usia sekarang ini.

"Saya tidak kisah jika menjadi berbeza dengan orang lain," ucapnya.- KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Luna Maya, Indonesia, Ariel Noah

Artikel Lain